Sejarah Minuman Cendol Yang Perlu Anda Baca

Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di Negara-negara Asia Tenggara. Di Malaysia contohnya, minuman cendol ini cukup popular di kalagan rakyat yang berbilang bangsa. Boleh dikatakan Cendol telah menjadi minuman yang cukup popular sejak dahulu lagi.

Di Indonesia, orang Jawa mengenali cendol dengan nama dawet (tanpa ais), sedangkan nama cendol digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Singapore dan juga Indonesia.

Menurut penyunting jounal makanan Cina, Flavor dan Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo (campur-campur) di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan Negara di Asia Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh yang agak lama dalam 90 tahun. Cendol sangan digemari masyarakat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Negara sekitar Asia Tenggara kerana cuaca dan iklim yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang mentediakan cendol di serata Malaysia.

RAMUAN

Ramuan asa cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula Melaka. Selain daripada bahan asa ini, cendol boleh ditambah dengan bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga mendidih dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke dalam tin yang ditebuk seperti siraman hujan.

Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk di dalam bekas yang di sediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia juga boleh diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing

Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangkan bersama ais, air gula Melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis ianya enak juga di makan dengan buah-buahan.