Tular di Media Sosial Pesawat Dua Alam diterbangkan pilot wanita muslim ini adalah Kenyataan Palsu

Tular di Media Sosial Pesawat Dua Alam Royal Brunei Airlines BI081  diterbangkan pilot wanita muslim ini adalah Kenyataan Palsu

Pertama sekali video yang dikongsikan adalah MENIPU!

Sememangnya benar Pilot itu adalah wanita muslimah seperti maklumat dibawah. Namun pesawat yang diterbangkannya adalah Boeing 787 dan bukannya pesawat yang boleh diterbangkan di dua alam ini

Pilot Pesawat ini Diterbangkan ke Jeddah oleh Wanita Muslim milik Royal Brunei Airlines BI081.

Pilot tersebut adalah Kapten Sharifah Czarena, Senior First Officer Sariana dan Senior First Officer Dr Nadiah. Ianya membawa 300 penumpang.

Kapten Czarena telah dilatih di Britain tahun Disember 2013 dan telah menjadi Juruterbang Pertama yang menerbangkan Royal Brunei dari Lapangan Terbang Heathrow.

Pesawat berharga USD 200 Juta ini merupakan adalah Flight 787 yang dimiliki Royal Brunei Airlines, BI081.

 

Disini juga disertakan video penumpang penumpang pesawat ini yang solat di dalam kapal terbang menurut cara cara solat dalam kapal terbang.

 

 

Semoga penerbangan seperti ini kekal berpanjangan dan menjadi tauladan kepada seluruh muslim di dunia ini. Dengan pengendalian yang berkat dan menurut syariah ini, nescaya rezeki yang berkat melimpah ruah Royal Brunei Airlines.

Harap harap Malaysia Airlines juga boleh melaksanakan keistimewaan seperti ini pada Malaysia Airlines ataupun Air Asia

 

Namun jika anda terlihat perkongsian FB, yang pesawat itu boleh diterbangkan dua alam itu sebenarnya penipuan. Ianya direka reka oleh orang yang mungkin gemar nak dapatkan tumpuan media sosial walaupun menipu sahaja.

Seperti dalam video di atas, pesawat ini adalah pesawat rusia yang kecil dan kod penerbangan adalah BE-200 Multipurpose Aircraft.

Oleh itu, jangan terburu buru jika anda ada melihat perkongsian dari media sosial yang luar biasa. Sebaiknya anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsikannya.

Ini adalah maklumat ringkas pesawat yang dikendalikan oleh pilot wanita ini sebenarnya.

Boeing 787

Boeing 787 Dreamliner adalah sebuah pesawat jet enjin kembar, berbadan lebar bersaiz sederhana yang telah dibangunkan oleh Boeing Commercial Airplanes.

Mengikut kelainan, kapal terbang ini boleh membawa 210 ke 290 orang penumpang. Boeing menyatakan bahawa pesawat ini merupakan produknya yang paling cekap, dan pesawat pertama di dunia menggunakan bahan komposit bagi sebahagian besar pembinaannya.

787 berkongsi kadaran jenis sama dengan jet kembar 777 yang lebih besar, membolehkan juruterbang yang layak mengendalikan kedua-dua model, disebabkan ciri reka bentuk yang berkait.