Bangunan Bersejarah Rekaan British ini adalah Restoran KFC Jalan Larut

 

Bangunan Bersejarah Rekaan British ini adalah Restoran KFC Jalan Larut

Restoran KFC Jalan Larut

Admin merasa terkejut sekali dengan kenyataan bangunan ini. Cubalah lihat reka bentuknya seperti gambar di atas.

Bangunan ini sekali imbas dilihat seperti muzium istimewa di Georgetown Pulau Pinang. Namun apabila anda mendekatinya ternyata dia adalah bangunan yang dijadikan Restoran KFC.

Mari lihat lagi rekabentuk Restoran KFC ini

kredit foto : flickr, carigold, wishurhere, wyyvblogspot, tempatmenarik.my

Ternyata Restoran KFC ini diiktiraf di seluruh dunia sebagai salah satu restoran yang unik kerana rekabentuk serta nilai sejarah yang tinggi terpahat pada senibina british yang kontemporari ini.

Anda sudah pasti anda semua masak benar dengan restoran dan citarasa menu ayam goreng keluaran KFC bukan. Akan tetapi kami ingin promosikan restoran ini khusus untuk Restoran KFC Jalan Larut Penang sebagai singgahan yang wajib dilawati sekiranya anda berada di negeri Penang.

Restoran ini merupakan Restoran KFC yang pertama dibina di Georgetown Pulau Pinang pada tahun 1987. Namun, Restoran pertama KFC yang dibuka di Malaysia bukanlah disini sebaliknya ianya adalah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang mana ia telah dibina pada tahun 1973.

Restoran ini dibina menggunakan tinggalan bangunan kolonialyang lama. Iaitu sejak zaman pemerintahan kolonel British di Malaysia. Bangunan yang lama dan masih cantik ini mengekalkan rekaan lama namun sebahagian rekaan dalaman telah diubahsuai seperti tambahan Lampu LED dan sebagainya.

Manakala ruangan dalaman digabungkan konsep moden dan klasik. Restoran ini beroperasi setiap hari dan selama 24 jam. Namun ini adalah waktu operasi yang lama. Kini ianya beroperasi dari jam 900 pagi sehingga 1100 malam sahaja.

sumber : tempatmmenarik.my

Ramai pengunjung yang gemar singgah ke Restoran KFC ini.

Mereka merasakan tertarik dengan rekabentuk restoran ini serta menyegarkan lidah mereka seandainya mereka terlalu banyak makan nasi kandar dan kari mamak.

Mungkin setelah meneutralkan rasa lidah mereka dengan hidangan fastfood ini, mereka akan kembali menjamah makanan makanan tradisi malaysia di Pulau Pinang.

Ini adalah maklumat umum mengenai Restoran KFC ini.

Alamat : 52, Jalan Larut, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon :  +60 19-331 0105
Waktu Operasi : 9AM–11PM
Facebook : KFC Larut Road,Penang.

 

Sila cari peluang untuk berkunjung ke restoran ini.