Penyakit Gila Babi Yang Perlu Anda Tahu

Gila babi, Epilepsi atau Ayan ialah salah satu penyakit saraf menahun yang menimbulkan serangan sawab mendadak berulang-ulang yang tidak tahu puncanya. Perkataan “epilepsi” berasal dari bahasa Greek ἐπιληψία (epilēpsía) yang bererti ‘serangan’.

Punca Epilepsi atau pun Gila Babi

Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas meyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berfikir dan pergerakan otot.

Pada pesakit Epilepsi ini, kadang-kala sinap-sinap tidak berfungsi dengan sempurna. Hal ini dapat diakibatkan oleh berbagai unsur-unsur, antara lain trauma kepala (pernah mengalami kecederaan di kawasan kepala), tumor otak, dan lain-lain.

Umumnya Epilepsi mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dalam proses kelahiran, luka kepala, strok, tukor otak, alkohol, dadah dan sebagainya. Kadang-kadang, Epilepsi mungkin juga kerana keturunan. Secara kajian saintifik punca sebenar masih belum di ketahui lagi.