Penginapan Yang Disyorkan Jika Anda Bercuti Di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak kira-kira 10 batu nautika dari pantai timur laut Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Terengganu. Kedua-dua pulau utama adalah Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.

 

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari Kuala Terengganu, naik teksi atau bas ke pelabuhan memancing Kuala Besut. Ia berada kira-kira 1 jam perjalanan ke utara pekan. Jeti berada di sana.

Menaiki Bot
Naik bot di Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot ke pulau mengambil masa kira-kira satu jam.

Bagi anda yang sukakan percutian pulau di Malaysia, kami pasti percutian di Pulau Perhentian adalah salah satu tempat yang menarik dan sesuai untuk anda.

Disini kami ingin kongsikan penginapan yang disyorkan jika anda bercuti di Pulau Perhentian. Anda boleh dapatkan pakej percutian Pulau Perhentian melalui pautan yang diberikan dalam senarai ini.

 

1. Perhentian Island Resort

Suasana di kawasan sekitar Perhentian Island Resort.

Perhentian Island Resort adalah sebuah resort pantai ideal untuk percutian keluarga santai di Malaysia. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur , menghadap pantai berpasir putih dan laut biru yang hangat , Pulau Perhentian adalah syurga percutian yang tidak boleh dilepaskan .

Sila layari laman web Perhentian Island Resort untuk maklumat lanjut.

Info Penginapan :

Perhentian Island Resort
Pulau Perhentian Besar,
Terengganu – Malaysia 22200

Tel:+ 609. 6911. 111/2
Fax: + 609. 6911. 110
Email : [email protected]

 

2. BuBu Villa – BuBu Long Beach Resort

Suasana di kawasan sekitar BuBu Long Beach Resort.

BuBu Villa merupakan kawasan persendirian yang mempunyai 16 bilik penginapan villa di Long Beach, Perhentian Kecil. Penginapan di sini pastinya tenang kerana tempatnya yang bersih, terpencil dan terletak di kawasan tepian pantai berpasir putih

Sila layari laman web BuBu Villa – BuBu Long Beach Resort untuk maklumat lanjut.

Info Penginapan :

Bubu Long Beach
Long Beach,
Perhentian Island,
Terengganu,

Tel: +609-691 1333 / +6016-260 3547
Fax: +609-691 1234
Email : [email protected]

 

2. Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet

Suasana di Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet – foto : zoover.co.uk

Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet merupakan salah satu resort yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian dan pakej snorkeling dengna harga yang berpatutan untuk anda.

Sila layari laman web Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet untuk maklumat lanjut.

Info Penginapan :

Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet
Lot 181 Telok Dalam,
Pulau Perhentian Besar Kuala Besut
Terengganu.

Tel: +609 7780888 , +609 7781888 , +609 7528188
Fax: +609 7782288 , +609 7788933 , +609 6911889
Email : [email protected]

 

Bagi anda yang sudah menjejakkan kaki atau pernah menginap di tempat-tempat penginapan di Pulau Perhentian yang disenaraikan ini, sila tinggalkan review anda diruangan komen dibawah untuk rujukan para pembaca yang lain.