Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli. Skim ini diperkenalkan oleh KWSP dengan bertujuan anda melaburkan simpanan dalam Akaun 1 anda.

Sebagai pengetahuan, Akaun 1 anda tidak boleh dikeluarkan melainkan peristiwa penting sahaja yang membenarkan jumlah itu digunakan.

Oleh itu, skim pelaburan ini boleh digunakan sebagai memanfaatkan simpanan akaun 1 anda dengan melaburkan ia kedalam sebahagian instrumen pelaburan yang berdaftar dengan KWSP.

Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian dari simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Anda boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah. Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

Simpanan Asas bagi Skim Pelaburan Ahli

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM228,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Simpanan Asas ini adalah jumlah minimum yang perlu ada bagi seseorang ahli apabila bersara iaitu bersamaan RM950.00 sebulan selama 20 tahun untuk membiayai keperluan asas persaraan.

Jadual Simpanan Asas

UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

1,000

3,000

5,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

17,000

20,000

23,000

26,000

29,000

33,000

37,000

41,000

45,000

50,000

55,000

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

60,000

66,000

72,000

78,000

85,000

92,000

100,000

108,000

116,000

125,000

134,000

144,000

154,000

165,000

176,000

188,000

201,000

214,000

228,000

 

Kelayakan Memohon bagi Skim Pelaburan Ahli

Anda layak bagi memohon skim ini sekiranya anda merupakan ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Anda juga mestilah berwarganegara Malaysia atau  Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP.

Sekiranya bagi bukan warganegara Malaysia yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 atau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR), anda juga layak memohon skim pelaburan ahli.

Syarat Syarat Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Pelaburan ini boleh dibuat pada IPD yang layak. Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP.

Kekerapan Pelaburan merujuk kepada pelaburan yang perlu dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh permohonan terdahulu, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1.

Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang dilantik. Hanya satu IPD sahaja yang dibenarkan pada satu masa. Pelaburan ini tidak membenarkan anda membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian. Selain itu anda juga diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Prospektus Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur di Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP. Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.

Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan. Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.

Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD. Pelaburan ahli dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD berkenaan. Dalam pelaburan ini tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, ahli adalah diingatkan bahawa terdapat bayaran-bayaran yang dikenakan oleh IPD kepada ahli yang melabur dengan IPD. KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.

Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli mencapai 55 tahun adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD. Penamaan Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkaitan.

Pemegang Akaun Simpanan Shariah merujuk kepada ahli yang telah membuat pilihan ke Akaun Simpanan Shariah hanya dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah dalam produk Patuh Shariah yang disenaraikan oleh KWSP berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

Kaedah Bayaran

KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan ahli secara terus kepada IPD berkenaan.

 

Dokumen Diperlukan untuk Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.

2. Kad Pengenalan Diri sama ada melalui nombor MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) atau Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri) atau Pasport.

Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Perhatian Penting Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

Skim Pelaburan Ahli ini adalah merupakan pilihan ahli secara sukarela. Ahli dinasihatkan menyemak baki simpanan Akaun 1 dan kelayakan pelaburan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan serta melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat.

Sekiranya maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan, ahli akan dihubungi oleh IPD untuk berurusan dengan KWSP bagi melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3).

Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab ahli dan pembatalan permohonan yang telah dihantar melalui IPD kepada KWSP adalah tidak dibenarkan.

Amaun Pelaburan Yang Boleh Dipindahkan

Ahli boleh memindahkan amaun simpanan sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Jumlah miminum amaun pelaburan adalah RM1,000.00.

Formula pengiraan:
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

Cara Membuat Permohonan

Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan. Pihak IPD akan mengemukakan permohonan ahli kepada KWSP untuk diproses.

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi Skim Pelaburan Ahli

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Meninggalkan Negara untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;