Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji beserta Panduan

Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji

Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji

Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji. Wang KWSP anda kini boleh dikeluarkan sekiranya anda ingin mengerjakan haji.

Jumlah amaun yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada simpanan anda didalam Akaun 2.

Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

Sila klik pautan ini bagi mengetahui kaedah mengeluarkan wang KWSP anda.

 

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

 

Syarat Syarat Pengeluaran KWSP bagi Mengerjakan Haji

Anda boleh menggunakan wang KWSP setelah anda layak. Syarat kelayakan adalah seperti berikut. Anda merupakan ahli KWSP berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ untuk mengerjakan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

Anda adalah ahli KWSP yang mengerjakan haji kali kedua dan seterusnya juga layak memohon dengan syarat tiada permohonan dibuat sebelum ini. Anda belum cukup simpanan di Lembaga Tabung Haji bagi tujuan mengerjakan Haji.

Kelayakan Amaun Pengeluaran

Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah). Bayaran pengeluaran dibayar secara terus ke akaun ahli di Lembaga Tabung Haji.

Kelayakan pengeluaran bagi tujuan ini adalah hanya sekali sahaja dan pengembalian amaun pengeluaran hendaklah diserahkan sekiranya ahli membatalkan/menangguhkan pemergian Haji. Amaun yang perlu dikembalikan adalah amaun pengeluaran KWSP dan tindakan pemulihan akaun akan dibuat.

Sekiranya berlaku kematian ahli selepas pengeluaran dibuat, waris ahli tidak perlu mengembalikan amaun tersebut kerana telah menjadi harta pusaka dan tuntutan oleh waris tertakluk kepada prosedur semasa Lembaga Tabung Haji.

Kos mengerjakan Haji yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji bergantung kepada kos sebenar mengikut musim Haji. Sebagai contoh, anggaran kos yang perlu dibiayai sendiri oleh bakal Haji bagi musim Haji 1434H (2013M) adalah RM9,980.

Bagi pemohon yang mengerjakan haji kali kedua dan seterusnya,pengiraan kelayakan pengeluaran TIDAK termasuk bayaran visa haji. Sementara itu, Jemaah Haji adalah bakal Haji yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji dan telah menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ daripada Lembaga Tabung Haji.

 

Dokumen Diperlukan Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Ahli perlu hadir di mana-mana kaunter cawangan KWSP dengan membawa dokumen-dokumen asal berikut. Kad Pengenalan Diri ahli  (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).

Anda juga perlu membawa surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ daripada Lembaga Tabung Haji dan membawa Buku akaun simpanan ahli di Lembaga Tabung Haji (yang telah dikemaskini dalam tempoh 6 bulan).

Ahli tidak perlu mengisi borang permohonan. Bagaimanapun, ahli diminta menurunkan Cap Ibu Jari di atas ’Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti mengemukakan permohonan.

 

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;