Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Pengeluaran KWSP bagi PTPTN atau Pendidikan

Pengeluaran KWSP bagi PTPTN atau Pendidikan

Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan. Anda boleh mengeluarkan sejumlah wang dari Akaun 2 bagi tujuan pendidikan secara umumnya. Ianya termasuk melangsaikan hutang PTPTN anda.

Bagi tujuan pendidikan, ia boleh digunakan bagi pendidikan sendiri ataupun bagi membiayai waris anda. Sila dapatkan makluman berkenaan di bawah.

Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP anda bagi pembiayaan hutang PTPTN anda. Cara-cara memahami pengeluaran wang KWSP boleh dirujuk pada pautan ini.

Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman. Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran (KWSP Online).

Kelebihan Pembiayaan PTPTN Melalui KWSP

Anda boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran). Setiap syarat tidak mengenakan had pengeluaran. Anda boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.

Selain itu, pengeluaran ini tidak akan melibatkan sebrang caj pemprosesan. Oleh itu, anda akan menikmati penjimatan kos upah/pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik

〉〉 Syarat Pengeluaran Wang KWSP〈〈

Pautan untuk mengeluarkan wang KWSP secara online boleh dibuat melalui link laman web KWSP yang dikongsikan disini.

〉〉 Pautan untuk Mengeluarkan KWSP Online〈〈

 

Kelayakan Memohon bagi Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia. Anda juga perlu belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan dan mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

Syarat Syarat Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Program Pengajian Yang Dibenarkan adalah bagi Ahli / anak ahli telah mendaftar untuk pengajian akademik / professional / kemahiran / vokasional di IPT yang dibenarkan.

Peringkat Pengajian Yang Dibenarkan adalah Ahli / anak ahli mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.

Ijazah Sarjana Muda dan ke atas serta yang setara dengannya bagi anak ahli atau Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya bagi ahli atau Diploma bagi anak ahli.

Kategori Pengeluaran

Pengeluaran yang dikeluarkan adalah untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian ATAU menyelesaikan baki pinjaman pendidikan. Pengeluaran juga boleh dilakukan bersama suami / isteri bagi membiayai yuran pengajian anak.

Selain itu pengeluaran bersama suami / isteri juga boleh dilakukan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak.

Kategori Pengajian

Pengajian yang hendak dilangsaikan sekiranya ianya IPT dalam negara ia hendaklah kategori secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais yang diluluskan.

Bagi IPT luar negara ia hendaklah merupakan pengajian sepenuh masa sahaja.

Yuran Pengajian yang boleh dituntut adalah bagi semua jenis bayaran yang dikenakan oleh IPT termasuk yuran hostel dan kos tiket penerbangan sehala ketika mendaftar di tahun pertama.

Kekerapan Pengeluaran boleh dilakukan dalam Setiap semester ATAU setiap tahun bagi ahli DAN / ATAU bagi setiap seorang anak. Ia juga perlu dilakukan dalam masa setahun dari tarikh tamat pengajian bagi bayaran yang tertunggak di IPT.

Kaedah Bayaran Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

Pengajian Tinggi (IPT)

Institut Pemberi Pinjaman (IPP)

Bayaran kepada ahli (tuntutan resit dalam masa setahun) ATAU bayaran kepada IPT (yuran yang belum dijelaskan)

Yuran pengajian setiap semester ATAU setiap

tahun

Jumlah Yuran Pengajian ATAU semua akaun 2 mengikut mana yang rendah

Yuran Pengajian yang tiada tajaan ATAU

mempunyai sebahagian sahaja

Bayaran kepada IPP sahaja

Mempunyai baki pinjaman pendidikan

Jumlah baki pinjaman pendidikan ATAU semua akaun 2 mengikut mana yang rendah

IPP yang dibenarkan oleh KWSP sahaja

Dokumen Diperlukan Pengeluaran KWSP bagi bayaran PTPTN atau Pendidikan

1. Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)
3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan
melalui pos

Dokumen Sokongan – Pengeluaran KWSP bagi PTPTN atau Pendidikan

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan kaunter

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Sebarang kemusyiklan bolehlah hubungi mana mana cawangan pejabat KWSP atau menerusi Tel: 03-8922 6000. Anda juga boleh mencapai alamat emel ini bagi maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my.

Seterusnya sila rujuk Pengeluaran Wang KWSP bagi;