Panduan Peperiksaan Menulis & Tips dari Pakar MUET

Panduan Peperiksaan Menulis

Panduan Peperiksaan Menulis

Panduan Peperiksaan Menulis & Tips dari Pakar MUET.  Bahagian terakhir dalam saringan ujian MUET adalah soalan penulisan. Bahagian menyumbang markah kedua terbesar dalam keseluruhan pemarkahan iaitu sebanyak 90 markah.

Pemberat bagi nilai markah ini adalah 25% dari keseluruhan 300 markah. Soalan peperiksaan penulisan memerlukan calon peperiksaan untuk menghantar makluman dari sumber tidak linear kepada teks linear. Dan ia juga penulisan esei yang memerlukan minimum 350 patah perkataan.

Panduan Peperiksaan Menulis

Ujian Menulis MUET bertujuan untuk menguji keupayaan pelajar dalam menyampaikan maklumat, penulisan dengan tatabahasa yang betul, kemahiran menganalisa maklumat yang bersumberkan graf, carta bar, carta pai, dan jadual. Ia juga bagi mengetahui kebolehan calon menzahirkan pendapat mereka melalui penulisan, dan pemikiran secara kritikal.

Berikut adalah sampel soalan yang boleh membantu anda mengasah kebolehan menulis anda. Ini membantu anda mendapat keputusan yang baik dalam ujian MUET setelah membuat semakan keputusan nanti.

 

Contoh di bawah merupakan soalan latihan bagi MUET sebagai contoh. Task 1 adalah penulisan laporan. Dalam soalan ini, anda diberi 40 minit untuk melengkapkannya. Kaji dan analisa gambarajah yang diberi. Kemudian buat penulisan dalam 150 hingga 200 patah perkataan dalam format laporan.

Contoh Soalan Panduan Peperiksaan Menulis Task 1:

The chart shows how students on all courses at a Malaysian university viewed different subjects on a scale of easy to difficult.

Panduan Peperiksaan Menulis – Sample answer:

How Students on All Courses at a Malaysian University View Different Subjects According to Different Levels of Difficulty

The bar chart shows how students who are studying in a Malaysian university rate different subjects according to its difficulty – easy, moderately difficult or difficult.

The subject which was most commonly rated as difficult was math, by 70% of the total students. While only 20% of students saw it as easy. Physics was also largely judged to be a difficult or moderately difficult subject. Only 25% of students viewed it as easy. By contrast, chemistry was regarded as easy by a massive 70% of students.

As far as language subjects are concerned, languages in general were seen as easy by 40% of students. This percentage dropped to 20% for oriental languages. African languages, however, were viewed as easy by 60% of students. Next, Art was rated to be an easy subject by only 30% of students and like Physics, 50% rated it as difficult.

In conclusion, there seems to be no clear correspondence between the type of subject and whether it was generally rated as easy or difficult. (168 words)

Tips bagi Task 1 – Panduan Peperiksaan Menulis

Tajuk hendaklah ditulis dan digariskan. Bina tiga perenggan yang mempunyai pengenalan pada perenggan pertama, isi pada perenggan kedua dan kesimpulan pada perenggan ketiga. Calon juga boleh membuat 2 perenggan untuk isi.

Task 2 bagi ujian penulisan adalah penulisan panjang. Anda perlu menulis perkataan yang mesti melebihi daripada 350 patah perkataan. Penulisan ini mempengaruhi 60 markah anda dan mesti disiapkan dalam masa 50 minit. Penulisan esei anda hendaklah berunsurkan analitikal, penerangan, penjelasan, pemujukan, atau pembantahan.

 

Contoh soalan tahun lepas :

Year End 2008
“People are becoming more materialistic. They are concerned with making more money and what money can buy.” What is your opinion on being materialistic? You should write at least 350 words.

 

Mid 2009
Information and communications technology (ICT) is the cause of today’s many social ills. What is your opinion? Support your answers with examples. You should write at least 350 words.

 

Year End 2009
People commit crime for selfish reasons. Discuss. You should write at least 350 words.

 

Mid 2010
The world today is turning more to electronic communications such as the e-mail, Facebook and short Message System (SMS). What is your opinion of this growing trend? Discuss. You should write at least 350 words.

 

Year End 2010
In an arranged marriage, the choice of a husband or wife is made by parents or elders. What do you think of this practice in today’s society? Discuss. You should write at least 350 words.

 

Mid 2011
The most valuable thing in life is friendship. Do you agree? Discuss. You should write at least 350 words.

Tips bagi Task 2 – Panduan Peperiksaan Menulis

Jangan menulis penjelasan yang terlalu umum. Sokong penerangan anda dengan fakta-fakta yang menarik. Jika anda mensasarkan Band 5 atau Band 6, anda perlu mencerahkan tahap pemikiran kritis yang tinggi.

Bina karangan anda sekurang-kurangnya 5 perenggan. Pada perenggan 1, masukkan pengenalan yang menjelaskan situasi semasa dan sama ada anda bersetuju atau membantah topik soalan yang diberi dan kenapa anda berkeputusan sebegitu.

 

Pada perenggan yang kedua, anda boleh nyatakan isi pertama anda selepas pengenalan. Dalam isi ini masukkan kunci isi anda, huraian dan contoh huraian. Begitulah penulisan yang sama perlu dilakukan bagi perenggan ketiga dengan membincangkan isi kedua anda. Perenggan keempat membincangkan isi ketiga anda.

Pada perenggan terakhir iaitu kesimpulan, nyatakan kembali bahawa anda bersetuju atau membantah soalan yang diberi. Kemudian sertakan cadangan sumbangan dari segi individu, masyarakat atau kerajaan ke atas isu yang ditimbulkan.

 

Instrumen di bawah boleh digunakan bagi membantu kemahiran berfikir anda.

  1. Menilai jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.
    • Discussion Sample : Smoking
    • Short term = Bad breath/yellow teeth
    • Midterm = Affordability/waste of money
    • Long term = Health problems such as lung cancer
  2. Individu, Sosial atau Kerajaan
    • Discussion Sample : Recycling
    • Individual = Practice the 3R’s (Reduce, reuse, recycle)
    • Society = Community collection/fund raising
    • Government = Hold recycling campaigns