Panduan Peperiksaan Membaca MUET & Tips dari Pakar

Panduan Peperiksaan Membaca MUET

Panduan Peperiksaan Membaca MUET

Panduan Peperiksaan Membaca MUET & Tips dari Pakar.   Kertas peperiksaan Membaca adalah kertas ujian MUET yang memegang pemberat paling tinggi iaitu sebanyak 40 peratus. Ianya bersamaan dengan 120 Markah dari kesemua 300 Markah yang akan diperolehi. Disini akan dikongsikan tips bagi menduduki kertas Membaca ini.

 

Panduan Peperiksaan Membaca MUET

Tips ini adalah lanjutan dari perkongsian kami mengenai ujian MUET. terdapat 8 tips ujian membaca yang boleh diamalkan bagi mendapat cemerlang dalam ujian ini.

Tips 1 Membaca

Pastikan sewaktu membaca literatur dalam bahasa inggeris, pastikan anda mempunyai buku nota dalam tangan. Salin semua perkataan yang tidak difahami dan lebih penting, frasa yang anda rasakan mampu digunakan dalam ujian esei MUET.

Tips 2 Bahan Bacaan Berkualiti

Anda digalakkan membaca artikel yang dikeluarkand dari sumber yang dipercayai. Sebagai contoh, Reader’s Digest, TIME, National Geographic dan lain lain lagi. Ini kerana artikel yang digunakan dalam peperiksaan biasanya bersumberkan dari banyak sumber. Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, anda mampu memahami lebih jelas setiap isu yang disoalkan.

Tips 3 Luangkan Masa Dengan Bijak

Anda hanya mempunyai 1jam 30 minit untuk menjawab kesemua 45 soalan peperiksaan. Jika menggunakan kira kira, ia bermakna anda hanya ada 2 minit sahaja untuk menjawab setiap soalan.

Panduan Peperiksaan Membaca MUET. Sentiasa baca soalan terlebih dahulu dan kata-kata yang digariskan. Pastikan anda bukan hanya membaca sederet ayat tetapi pastikan anda menangkap jelas teks yang mengandungi maklumat yang spesifik.

Tips 4 Ketahui tahap Perbendaharaan Kata Anda

Terdapat 6 teks bersama dalam kertas ujian peperiksaan dan yang pertama sentiasa mempunyai kandungan bahan dalam penulisan. Sebagai contoh graf, carta, dan gambarajah. Anda memerlukan perbendaharaan kata yang sesuai untuk menjelaskan corak yang ditunjukkan pada gambarajah-gambarajah ini. Ianya adalah praktik yang berguna bagi melaporkan laporan kerana ia melibatkan fungsi bahasa yang sama.

Tips 5 Jangan Berlakon Pandai

Untuk soalan-soalan yang tertentu, anda akan ditanya bagi mentafsirkan atau membuat andaian bijaksana berdasarkan bukti yang ditunjukkan dalam teks. Untuk keterengan soalan ‘True/False/Not Stated’. Jangan sekali kali menggunakan pendapat anda kerana apa yang logik pada fikiran anda tak semestinya tepat secara akademik.

Oleh itu, pastikan anda mencerahkan atau menggariskan teks yang dirasakan bukti bagi makluman yang ingin dinyatakan. Untuk ‘True’, anda perlu cari bukti bahawa kenyataan itu benar. Dan bagi keterangan ‘False’ anda juga perlu menggariskan keterangan ini. Dan bagi ‘Not Stated’ anda akan menyedari bahawa hampir mustahil untuk mencari jawapan atau bukti dari keterangan teks tersebut. Oleh itu, ini adalah panduan bagi membuat perbezaan soalan-soalan yang melibatkan pilihan ‘True/False/Not Stated’.

Tips 6 Latih Minda Anda

Meneka maksud bendahara kata biasanya agak sulit terutama sekali apabila anda tiada kamus disisi ataupun sukar menggunakan internet untuk penterjemahan sewaktu peperiksaan. Oleh itu, anda perlu melatih minda mengenal pasti kata akar. Fokuskan dengan mengenalpasti prefix/ suffix dalam perkataan agar mudah mencari maksudnya.

Jika anda fikir ayat itu positif, negatif ataupun neutral. Pastikan kembali dengan melihat isi kandungan teks itu dengan klu yang menguatkan tanggapan anda.

Semak jawapan dan pilihan yang diberi dengan menghapuskan jawapan yang paling jauh dari sebenar sebelum mengambil kira tanggapan. Sebagai contoh dalam frasa “the degradation of water quality”,  kata ‘degradation’ datang dengan kata dasar ‘grade’ yang bermaksud tahap atau aras. Suffix ‘de’ memberi penerangan negatif dimana ia bermaksud pengurangan sesuatu. Manakala ‘tion’ adalah kata kerja yang menjelaskan proses sesuatu. Jadi ia bermakna kejatuhan standard/ kualiti air.

Tips 7 Ramalkan Niat Penulisan Pengarang

Level MUET mengandungi soalan yang tidak menumpukan pada isi kandungan semata-mata. Malah soalannya juga memerlukan calon menduduki peperiksaan mengamati faktor.

Panduan Peperiksaan Membaca MUET ialah mengenal pasti Tujuan. Sebagai contoh to inform, discuss, argue, compare, persuade dan lain-lain lagi. Gaya Penulisan. Sebagai contoh describing, comparing and contrasting, giving examples, explaining causes and effects, sequencing events dan lain-lain lagi. Tona supportive, opposing, indifferent, neutral, biased dan lain-lain lagi

Tips 8 Penilaian Artikel yang Menyeluruh

Kadang-kadang anda disoal untuk meletakkan tajuk sesuai bagi artikel atau membuat rumusan pada perenggan tertentu. Ataupun mendatangkan kesimpulan yang sesuai berdasarkan pilihan yang diberi. Ini secara jelas memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal ataupun Kemahiran Berfikir Yang Tinggi.

Tips 9 Teruskan Latih Tubi

Secara asas, tiada yang boleh mengalahkan usaha yang bersungguh-sungguh. Beli buku rujukan yang baik seperti Longman ataupun Oxford model tests. Ataupun boleh juga membeli contoh soalan peperiksaan yang lalu dan cuba lakukan pembacaan setiap kertas 3 kali.

Kali Pertama : Seperti menduduki peperiksaan sebenar. Tidak boleh merujuk pada mana mana buku ataupun kamus.

Kali Kedua : Benarkan diri anda merujuk pada buku, berbincang dengan rakan jika perlu dan secara berkumpulan. Ia mestilah dilakukan dan mendapat markah yang lebih baik dari cubaan pertama.

Kali Ketiga. Cuba lakukan set soalan yang sama setelah 2 hingga 3 bulan untuk melihat anda mampu mengekalkan pengetahuan anda dan konsep yang telah dipelajari sebelumnya.

Tips 10 Nilaikan Diri

Ini adalah panduan yang berguna untuk dituruti bagi mencuba peperiksaan ini. Supaya anda tahu penguasaan anda kini di tahap mana.

Anda perlu mendapat markah seperti dibawah sekiranya mahu mendapat Band yang sederhana dan ke atas.

Panduan Peperiksaan Membaca MUET.

(A) 21/45 – Band 3
(B) 27/45 – Band 4
(C) 33/45 – Band 5
(D) 39/45 – Band 6

Semoga berjaya dalam ujian MUET anda.