Panduan Peperiksaan Lisan & Tips dari Pakar MUET

Panduan Peperiksaan Lisan

Panduan Peperiksaan Lisan

Panduan Peperiksaan Lisan & Tips dari Pakar MUET.  Ini adalah tips bagi saringan ketiga dalam ujian MUET. Ujian tersebut adalah ujian lisan ataupun percakapan dalam bentuk berkumpulan.

Ujian ini dijalankan bagi mengukur kepetahan dan kelancaran pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Panduan Peperiksaan Lisan MUET

Ujian ini akan dijalankan dalam tempoh 30 minit dan jumlah markah keseluruhan adalah 15 peratus dari keseluruhan markah MUET. Oleh itu, nilai markah ujian ini adalah sebanyak 45 markah.

Tidak seperti ujian MUET yang lain, ujian ini memerlukan anda berkomukisai dengan tiga pelajar yang lain. Ianya bertujuan untuk menguji kebolehan anda dalam keberkesanan menyampai mesej dan pendapat terhadap orang lain, berfikiran secara kritikal, kebolehan mengekalkan perbualan, dan penggunaan bahasa Inggeris secara lancar dan keadaan yang yakin.

Sewaktu ujian, kesemua empat pelajar akan diberi senario yang sama namun setiap calon akan diberi soalan yang berbeza. Terdapat dua bahagian dalam ujian lisan iaitu Task A dan Task B.

Berikut adalah sampel soalan yang boleh membantu anda mengasah kebolehan lisan anda. Ini membantu anda mendapat keputusan yang baik dalam ujian MUET setelah membuat semakan keputusan nanti.

Panduan Peperiksaan Lisan – Sample question:
A person’s character is often influenced by other people around him/her. Who has the greatest influence on a person’s character? Discuss which of the following has the greatest influence on a person’s character:

Candidate A: Parents
Candidate B: Teachers
Candidate C: Friends
Candidate D: Famous Personalities

Task A – Individual presentation
Given the situation, you now have:
· 2 minutes to prepare your responses
· 2 minutes to present

Tips Panduan Peperiksaan Lisan MUET

Pastikan anda menyelidik senario dan topik yang diberi dengan teliti. Ulang periksa anda adalah calon yang mana (A,B,C,D) dan pastikan anda tidak menyedia ucapan calon yang laon.

Pastikan anda tidak kehabisan topik dan isi. Sila lakukan 2 hingga 3 pembentangan yang bakal dibuat. Anda wajib bersetuju dengan isi yang diberi kepada anda. Namun pada Task B, anda sudah boleh memilih untuk tidak bersetuju atau menyokong isi calon yang lain.

Manfaatkan sepenuhnya 2 minit yang diberi. Jangan dan hindari dari menyampaikan pembentangan pada kurang 1 minit 45 saat ataupun lebih dari 2 minit. Jika isi anda terhad, perlahankan tona penyampaian anda. Hindari dari bersahaja apabila tamat masa anda. Pasang telinga pada isi kandungan calon yang lain dan tuliskan jawapan calon pelajar yang lain semasa pembentangan 2 minit mereka. Ianya adalah persiapan bagi Task B.

Panduan Peperiksaan Lisan – Contoh Pengenalan : Candidate A

Hi, a very good morning to the examiners and my fellow friends. As we are talking about how a person’s character can be influenced by another person, the persons whom I think have the most influence in a person’s life are – parents. There are three reasons why I think so.
Firstly, parents are the people whom know us since birth. We become like the person whom we spend the most time with. Parents are the people whom we see every day from the moment we are born, till the day we are adults. Hence, very naturally, they become the people whom we look up to and start imitating the way they talk, act, and even think.
My second reason is because parents are the first educators to their child before anybody else. Table manners and basic etiquettes are taught at home, by the parents. This gives an influence so vast that we ourselves fail to recognize it sometimes
Thirdly, parents are the ones who impart values into our lives. Values are assets which we hold on to for the rest of our lives – and this is the greatest influence of all. Values are what we make our decisions upon, and it is what shapes our character.
In conclusion, I think that though there may be many others who can influence a person’s character – ultimately, parents are the greatest influencers of all. With that, I conclude my speech. Thank you very much.

Panduan Peperiksaan Lisan Task B – Perbincangan Berkumpulan

Masa persediaan adalah 2 minit untuk membuat isi perbincangan anda sama ada ingin menyokong hujah calon lain atau membangkang pandangan mereka. Buat keputusan dalam draf anda, dari 4 isi yang manakah anda rasakan ia terbaik. Tiada isu jika anda bersetuju dengan calon lain. Selagi pendapat tersebut menjelaskan kenapa dan bagaimana ia adalah isi yang terbaik.

Contoh: “I think that parents play a big part in influencing their child’s character, but after listening to Candidate D I would have to agree that famous personalities have more influence in a person’s character. The reason is because (add on one point to Candidate D’s answers).”

Tips Semasa Task B – Perbincangan Berkumpulan

Jangan duduk diam. Adalah markah bonus sekiranya anda yang memulakan perbicaraan. Bertanyakan calon lain soalan yang relevan agar perbincangan sentiasa berterusan. Contoh “How about you, Candidate B? What do you think?” “What do you mean by that, Candidate C? Could you elaborate more on that point?”

Sekiranya anda mahu mencelah perbincangan sesuatu, lakukan ia secara sopan contoh “I’m sorry, may I interrupt?”

Secara keseluruhan bagi mendapat cemerlang dalam ujian lisan anda wajib bertutur secara jelas dan lantang supaya pemeriksa mendengar hujah anda. Jangan gentar dan gugup sehingga anda tidak mampu bertutur secara baik. Tarik nafas sedalam-dalam dan cakap secara satu persatu untuk menjadikannya jelas.

Lakukan komunikasi mata dengan pemeriksa dan calon yang lain terutama sekali semasa Task B. Penggunaan bahasa yang baik seperti pemilihan perkataan dan penjelasan berstruktur adalah nilai tambahan anda. Terakhir sekali jangan biadap. Sentiasa mengenakan pengenalan yang baik sebelum mencelah dan ucap terima kasih setelah memberi penjelasan anda dalam Task A.