Panduan Mengambil Ujian MUET Malaysian University English Test

MUET

MUET

MUET Malaysian University English Test.  MUET merupakan ujian bahasa Inggeris yang dicipta oleh kerajaan Malaysia. Menerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, MPM ianya merupakan pengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia.

Sekiranya anda merancang untuk membuat ijazah dalam universiti tempatan, artikel ini akan membantu segala pemahaman yang berkaitan MUET.

Calon MUET

MUET adalah wajib bagi semua pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM, pelajar Matrikulasi, pelajar diploma, dan pelajar pra-universiti yang berhasrat untuk melanjutkan ijazah pertama dalam universiti tempatan.

Bagi memohon peperiksaan ini, tiada syarat kemasukan yang diperlukan. Selain itu, bagi pelajar yang menjalani sesi Matrikulasi dan STPM hanya subjek yang diambil ditunjukkan dalam Slip. Keputusan MUET akan diberi pada slip keputusan yang berasingan.

Format Peperiksaan

Terdapat Empat (4) bentuk soalan dalam MUET yang berjulat dari Ujian Pendengaran (45 Markah), Lisan (45 Markah), Pembacaan (120 Markah) dan Penulisan (90) Ia bertujuan mengasah kemahiran pelajar dalam kesemua empat aspek. Daripada hanya cemerlang satu aspek namun lemah dalam aspek yang lain.

Kerajaan Malaysia mensasarkan pembentukan pelajar yang mampu berbicara dalam bahasa Inggeris dengan selesa. Lebih dari itu, ia juga berhasrat agar pelajar kita menguasai bahasa ini dan mampu bersaing dalam dunia korporat melalui bahasa inggeris yang dijadikan bahasa antarabangsa pada waktu kini.

Bagaimana ingin Cemerlang MUET

Panduan Peperiksaan Membaca MUET & Tips dari Pakar

Panduan Peperiksaan Mendengar & Tips

Panduan Peperiksaan Lisan & Tips

Panduan Peperiksaan Menulis & Tips

 

Kekerapan Peperiksaan Malaysian University English Test

Peperiksaan ini dahulunya hanya diadakan dua kali setahun. Namun bermula dari tahun 2012, peperiksaan ini dijalankan tiga kali setahun iaitu, pada bulan Mac, Julai dan November.

Bolehkah anda mengulangi MUET?

Jawapannya – Ya. Anda boleh menduduki semula ujian ini jika gagal pada ujian pertama, atau jika anda kurang berpuas hati dengan keputusan yang pertama. Tiada limit dikenakan. Namun, lebih baik jika anda merancang langkah pelajaran anda jauh kehadapan.

Anda perlu melihat pada jadual waktu kemasukan ke universiti. Ini kerana hanya pelajar yang mengambil MUET sahaja layak untuk mendaftar diri mereka bagi tujuan kursus ijazah dalam universiti tempatan. Pelajar masih boleh mengambil kembali peperiksaan ini selepas STPM dan Matrikulasi.

Namun, lebih baik anda lengkapkan segala keperluan dalam peperiksaan semasa menjalani sesi pelajaran STPM atau Matrikulasi agar anda layak berdaftar kursus yang diingini apabila pendaftaran universiti tempatan dibuka.

Cara Mengambil Peperiksaan MUET

Bagi menduduki peperiksaan MUET, ianya bergantung kepada jenis calon peperiksaan yang ingin diambil. Ini bermaksud jika anda merupakan calon bagi STPM, calon bagi Matrikulasi, ataupun calon persendirian.

Bagi calon STPM dan calon Matrikulasi, anda hanya perlu merujuk kepada guru bahasa inggeris di dalam institusi pelajaran anda bagi membuat pendaftaran.

Untuk calon persendirian, pendaftaran boleh dibuat disini.

 

〉〉 Pendaftaran MUET Persendirian〈〈

 

Yuran pendaftaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM 100. Setelah membuat pendaftaran,  calon boleh melakukan semakan status pendaftaran dengan dua cara iaitu.

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

Sistem Penilaian Gred

Sistem Penggredan dalam slip peperiksaan MUET menunjukkan markah anda dalam kesemua empat kertas yang diambil. Dari jumlah pemarkahan ini ianya akan dirumuskan kepada pangkat Band 1 sehingga Band 6. Band 6 merupakan skor yang terbaik. Tahap sederhana dalam ujian ini adalah pada Band 3. Jika skor anda lebih rendah daripada Band 3, pelajar biasanya perlu mengambil dua kursus Bahasa Inggeris tambahan sewaktu cuti sekolah.

Pelajar yang mendapat skor Band 3 dan Band 4 pula hanya perlu mengambil satu kursus tambahan. Bagi pelajar yang mendapat band 5 dan band 6, anda dikecualikan dari kursus ini. Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada jenis sekolah dan institusi pelajaran yang dihadiri anda.

Penjelasan Mengenai Pangkat Peperiksaan – Band

Band 6 (Skor Aggregad : 260 – 300)

Sangat Cemerlang dalam penguasaan bahasa ini. Ekspresi sangat tinggi, petah, tepat dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Hampir tiada kesalahan. Pemahaman yang terbaik dalam bahasa dan isi kandungan. Berperanan terlalu baik dalam penguasaan bahasa.

Band 5 (Skor Aggregad : 220 – 259)

Cemerlang dalam penguasaan bahasa ini. Mempunyai Ekspresi, petah, tepat dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Punyai sedikit kesalahan. Pemahaman yang cemerlang dalam bahasa dan isi kandungan. Berperanan bagus dalam penguasaan bahasa.

Band 4 (Skor Aggregad : 180 – 219)

Memuaskan dalam penguasaan bahasa ini. Mempunyai Ekspresi, dan memuaskan dalam penggunaan bahasa. Punyai kesalahan. Pemahaman yang memuaskan dalam bahasa dan isi kandungan. Berperanan memuaskan dalam penguasaan bahasa.

Band 3 (Skor Aggregad : 140 – 179)

Sederhana dalam penguasaan bahasa ini. Mempunyai Ekspresi sederhana, dan sederhana dalam penggunaan bahasa. Punyai kesalahan. Pemahaman yang sederhana dalam bahasa dan isi kandungan. Berperanan sederhana dalam penguasaan bahasa.

Band 2 (Penguasaan Terhad : 101 – 139)

Penggunaan terhad dalam penguasaan bahasa ini. Kurang ekspresi, dan terhad dalam penggunaan bahasa. Penggunaan tidak tepat dalam bahasa menghasilkan kerosakan dalam komunikasi. Pemahaman terhad dalam bahasa dan isi kandungan. Kebolehan terhad untuk berfungsi secara baik dalam bahasa ini.

Band 1 (Penguasaan Terlalu Rendah : Aggregad < 100)

Penggunaan teruk dalam penguasaan bahasa ini. Tiada ekspresi idea, dan sangat terhad dalam penggunaan bahasa. Penggunaan tidak tepat dalam bahasa dan sering melakukan kesilapan dalam komunikasi. Pemahaman sangat sedikit dalam bahasa dan isi kandungan. Sangat sukar untuk berfungsi dalam bahasa ini.