Anda Pasti Terliur Tengok Minuman Sejuk Paling Top Di Bandung Ini

Kota Bandung ialah ibu kota wilayah Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Paris van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda.

Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular.

Ada banyak tempat makan yang menarik di Bandung yang perlu anda singgah jika anda ke Bandung. Tapi yang pastinya, untuk peminat dessert, anda pasti terliur tengok minuman sejuk paling top di Bandung ini.

 

Berikut adalah tempat yang menyediakan minuman sejuk yang top dan menarik di Bandung, Indonesia :

1. Es Durian Pak Aip

Es Durian Pak Aip

Durian, buah dengan tekstur lembut dan legit ini memang menggugat selera dan dengan bau wangi dari buah ini memang menjadi daya tarik bagi yang sukakan durian ini. Nah! siapa pencinta durian wajib datang ke Es Durian Pak Aip ini jika ke Bandung. (Jl. Tubagus Ismail Raya No. 5)

2. Es Pak Oyen

Es Pak Oyen – Foto : zetakuliner

Di kedai Es Pak Oyen ini, ais campur Pak Oyen memang menjadi menu utama dan menu yang paling banyak dipilih. Dengan berbagai bahan ais campur seperti nangka, buah aprikot, buah kabung, isi kelapa muda, agar-agar yang ditambah dengan parutan ais dan susu pekat manis di atasnya menjadikan Es Pak Oyen ini sangat sedap dan menarik. (Jl. Sukajadi)

3. Es Mambo Lembang

Es Mambo Lembang

Bagaimana dengan Es Mambo ini? Nampak macam aiskrim biasa kan? Anda sudah pernah mencuba? Yap! Ais yogurt berbentuk aiskrim batang ini memang menjadi salah satu ais paling top di Bandung. Dengan pilihan rasa yang segar dan bermacam-macam mulai dari rasa buah-buahan, rasa susu, dll. (Jl. Cijeruk No.19 A, Lembang)

4. Es Cendol Elizabeth

Es Cendol Elizabeth

Minuman sejuk ini terdiri dari cendol berwarna hijau sedikit tua, hirisan nangka, santan pekat, parutan ais batu serta larutan gula merah yang pekat memang pasti menjadi pilihan untuk menyegarkan tekak anda yang dahaga. (Jl. Inhoftank no.64)

5. Es Goyobod

Es Goyobod

Adunan sagu yang kenyal dengan kuah santan, susu pekat manis, dan diletakkan bersama parutan ais dengan beberapa tambahan pelengkap, seperti aprikot, isi kelapa muda, roti, tapai ubi kayu, agar-agar dan buah kabung inilah yang biasanya menjadi bahan utama yang dikenal sebagai Es Goyobod. (Jl. Kliningan No.9 Buah Batu)

Sumber : infobdg.com