Mencium Anak Ketika Mereka Tidur Menyebabkan Anak Menjadi Degil!

Bismillah…

Saya perlu menjawab tentang “Mencium Anak Ketika Mereka Tidur Menyebabkan Anak Menjadi Degil!”.

Ciumlah dah memang anak kita. Yang degil itu adalah benih mak bapak yang dah memang keturunan degil.

Jangan gunakan riwayat yang tidak benar disangkutkan pada Nabi untuk mendapat hit post. Salah dan berdosa kita. Kesian Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah manusia paling penyayang atas muka bumi.

 

Fakta Mencium Anak Ketika Mereka Tidur:

 

1. Secara Sains Biologi.
Apabila sentuhan kasih sayang termasuk ciuman ianya penawar dan melegakan saraf manusia. Jika luahan hati yang baik maka ianya mempengaruhi sistem deria untuk menerima perkara baik.

2. Secara Energi Gelombang
Apabila manusia mencium anaknya tidak kisah waktu tidur atau tidak, maka gandaan gelombang kasih sayang dipancarkan balik kepada orang yang menerima. Apatah lagi wave dipancarkan ibu/bapa pada anaknya.

3. Secara Amalan Kehidupan (Adab)
Ibubapa yang suka cium anaknya tidak kiralah waktu mana ianya adalah Anugerah tertinggi. Kehidupan menjadi baik dan anak anak dihargai. Timbul respect anak pada ibubapanya.

Perlu baca : Anak Adalah Apa Yang Mereka Makan

Jika nak marah sekalipun, jika dicium anak yang nakal maka menangislah mereka akan kesilapan mereka. Kesan mendalam membentuk jiwa yang baik pada anak anak.

Saya boleh ulas 100 bidang lagi hal kemanusiaan dan simetri energi kehidupan. Tetapi amat sedih ramai share hal tidak ada faedah langsung dan berfikir secara halus dalam kemajuan ketamadunan diri.

Sumber: Mohd Siddiq