Lebuhraya Baru Dibuka antara Lebuhraya Cina Pakistan

Lebuhraya Baru Dibuka antara Lebuhraya Cina Pakistan

Ini adalah lebuhraya yang akan dibuka antara negara cina dan pakistan. Sesiapa yang melalui jalanan ini pasti dapat melihat pemandangan yang begitu indah.

Highway yang dalam pembangunan ini dikenali sebagai China Pak Economic Corridor CPEC.

Berkenaan CPEC

 Kerajaan Cina Membuat Pelaburan yang sangat besar dengan Pakistan untuk membina pelbagai fasiliti yang menghubungkan Asia kepada Eropah dan Benua Asia.
Pakej pelaburan ini melibatkan pelaburan sebanyak 69 Billion US dollar. Untuk perhubungan antara cina dan pakistan sendiri kerajaan cina telah melabur
– $15 bilion untuk Projek Sektor Tenaga – Coal Gas Project
-$44 bilion untuk Kabel Fiber Optik
– Pembangunan 3000 km Lebuhraya antara Cina dan Pakistan yang menghubungkan terus daerah Kashgar dengan penghujung pakistan berdekatan lautan hindia Bandar Pelabuhan Gwadar.

Latar Belakang CPEC

Perancangan untuk pemanjangan koridor antara sempadan cina kepada Pelabuhan laut dalam Pakistan bermula dari tahun 1950 dan dimotivasikan dengan pembangunan Lebuhraya Karakoram dalam tahun 1959

Kerajaan Cina berminat pada Pelabuhan Pakistan di Gwadar dikuatkan lagi pada tahun 1998 dan 2002 dimana negara Cina mula mendirikan pembangunan di Gwadar dan siap pada tahun 2006.

Perkembangan Port Gwadar ini kemudian berkurangan kerana ketidakstabilan Politik di  Pakistan kerana kejatuhan Jeneral Musharraf disebabkan konflik antara Pakistan dan Taliban.

 

Cadangan kerjasama ini mula dicadangkan oleh Parti Rakyat Pakistan semasa Presiden Asif Ali Zardari menjemput ketua semua parti politik untuk makan tengahari  bersama Premier Li Keqiang tahun 2013

Kedua dua belah pihak kemudian menambahbaik kesinambungan antara dua pihak mengenai perancangan masa panjang antara Cina-Pakistan. Diantara projek yang terkandung dalam CPEC adalah projek jalanraya yang memakan belanja sebanya $10.63 bilion.

3 Koridor telah dikenalpasti untuk pemindahan kargo. Hubungan Timur untuk kawasan Sindh dan Punjab, Hubungan Barat bagi kawasan mundur Paktunkhwa dan Balochistan , dan Hubungan Tengah  bagi Punjab dan Balochistan.