Jika Anda Ke Kelantan Anda Wajib Ke Tempat Ini

Kelantan adalah sebuah negeri yang sungguh unik dan cantik, Kelantan juga dipanggil Serambi Mekah kerana telah ramai melahirkan Ulama-ulama serta rakyatnya yang peramah.

Kali ini kami di Jomviral akan kongsikan 15 tempat menarik yang wajib anda pergi sekiranya bercuti di Negeri Kelantan.

  1. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah ini terletak di Kota Bahru, Kelantan. Pasar ini sangat popular kerana peniaga-peniaga menjual pelbagai barangan seperti baju, kain pasang, kuih muih dan keropok lekor serta pelbagai lagi perniagaan yang dijalankan oleh peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah. Waktu operasi pasar ini adalah dari jam 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.

  1. Pasar Wakaf Che Yeh

Pasar Wakaf Che Yeh ini menjual pelbagai barangan dari makanan, kain, baju, seluar, kasut dan pelbagai barangan lagi. Kepada kaki shopping bolehlah korang ke sini untuk borong ape yang hendak dibeli, harganya pula murah.

  1. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur

Kawasan yang menarik untuk anda jadikan satu destinasi shopping. Sama seperti Wakaf Che Yeh, anda akan mendapat harga ayng lebih murah jika boleh berdialag Kelantan secara semulajadi.

  1. Pantai Cahaya Bulan (Cinta Berahi)

Antara destinasi popular di Kelantan. Untuk pengetahuan Pantai Cahaya Bulan ini tidak sesuai untuk mandi kerana permukaan pantai berbatu dan agak bahaya jika terjatuh. Tetapi anda masih boleh melakukan aktiviti lain. Antara yang popular adalah bermain layang-layang. Ramai peniaga yang menjual layang-layang dan ada juga yang menjual minumam dan makanan.

  1. Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Pantai ini juga tidak sesuai untuk mandi-manda. Tapi sama juga seperti Pantai Cahaya Bulan, di sini popular dengan aktiviti layang-layang.

  1. Di Kelantan juga terdapat beberapa buah pantai yang boleh anda kunjungi antaranya ialah Pantai Tok Bali, Pantai Bisikan Bayu, dan Pantai Sri Tujoh Di Tumpat.

Di Kelantan juga terdapat beberapa destinasi yang boleh anda lawati seperti :

  1. Muzium Kelantan
  2. Muzium Perang
  3. Istana Jahar
  4. Istana Batu
  5. Kampung Kraftangan
  6. Gelanggang Seni

Bagi tempat rekreasi, anda boleh ke air terjun yang berada di Kelantan. Antaranya ialah :

  1. Jeram Pasu – Kawasan rekreasi air terjun yang cukup popular di Kelantan. Airnya yang jernih dan sejuk serta udara yang segar dan nyaman sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan bersama keluarga.
  2. Jeram Linang – Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Jeram Linang adalah air terjun yang terkenal di Kelantan sebagai tempat rekreasi untuk perkelahan dan mandi-manda.
  3. Lata Rek – Terletak di Jajahan Kualai Krai, air terjun Lata Rek memiliki air terjun setinggi 20 meter dan 100 meter panjang. Kolam airnya tidak terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bermain air.

Jika anda ke Kelantan jangan lepaskan peluang untuk melawati tempat-tempat yang kami kongsikan. Kalau niat hendak pergi shopping sahaja boleh sediankan duit yang secukupnya. Pasti anda akan rambang mata untuk memilih barangan yang hendak dibeli.

Selamat bercuti.