Perusahaan Daging Halal di Busan, Korea oleh Muallaf dari Korea

 Perusahaan Daging Halal di Busan, Korea oleh Muallaf dari Korea

Untuk pengetahuan kita semua, mencari makanan yang halal di negara bukan islam adalah terlalu sukar. Sebagai perumpamaan tidak perlu pergi jauh, ambillah negara Singapura sahaja sebagai contoh. Walaupun hanya di sebelah negara kita sahaja, situasi ini sudahpun berlaku.

Mengikut pengalaman admin sendiri sebagai contoh, di lapangan terbang Changi kita dapat melihat pelbagai restoran nasi ayam dan daging. Apabila ditanya pemilik kedai,” adakah makanan dan daging yang dijual ini halal?” Jawapannya mudah sahaja. Daging dan ayam disini tak halal hanya kedai ini tidak mengandungi pork ataupun lard sahaja.

Jadi ini adalah contoh yang paling dekat. Adakah makanannya sudah cukup halal untuk dimakan? Sudah pasti tidak.

Inilah kesukaran yang ingin digambarkan tentang mendapatkan makanan halal di negara bukan islam. Ini baru di Singapura apatah lagi negara itu lebih jauh dari negara muslim seperti Taiwan, Jepun dan Korea.

Kami ingin berkongsikan perniagaan daging halal di Busan Korea. Pengusaha ini adalah En Zubair Le. En Zubair Lee ini merupakan seorang muallaf berasal dari Korea dan memeluk agama Islam lebih dari 10 tahun dahulu.  Beliau juga beristerikan wanita muslim yang berasal dari Malaysia.

Di negara Korea ini, perusahaan daging halal amatlah sukar kerana pelbagai faktor contohnya kekurangan pembeli disebabkan muslim di korea tidak ramai,persaingan dengan perniagaan tempatan, sewaan fasiliti yang tinggi dan pelbagai lagi.

Kilang Proses Makanan Halal, International Korea Meat (IKM) yang di usahakan oleh 100% Korean Muslim Mr. Zubair Lee.

Namun, disebalik cabaran ini En Zubair Lee telahpun bertungkus lumus dan berjaya menyediakan perniagaan yang beroperasi di Busan sudah beberapa tahun. Beliau bersama kumpulan muslim di Korea memproses daging halal yang diimport dari negara Australia, Denmark, Thailand dan seumpamanya.

Daging daging yang dijual pula adalah daging ayam, daging kambing, daging lembu dan lain lain lagi. Dari segi sumber kami yakin ianya halal dan baik untuk dibeli di negara Korea ini.

Jualan daging dari IKM juga amatlah berbaloi dan setaraf dengan harga daging daging tempatan. Ianya dianggap murah dan kualiti dagingnya juga amat baik

Bagi rakan2 yang berada di Korea yang ingin mengetahui produk-produk HALAL yang dipasarkan oleh IKM ataupun ingin boleh lah menghubungi beliau sendiri di talian +821085316703

*sama-sama kita membantu saudara kita ini dalam usaha untuk memasarkan makanan HALAL di Korea in sya Allah.

Sedikit Sebanyak Mengenai En Zubair Lee

Administrators(pengurus) Al Huda Masjid di Gumi, South Korea

Former 회장 (Chairman) di Cawangan Busan bagi  Korea Muslim Federation (KMF)

Tinggal di Busan, South Korea

 

Contact No :  +821085316703

 

Telah Berkahwin dengan Wanita Muslim dari Malaysia. Beliau menetap bersama keluarganya dan mempunyai anak perempuan. Setelah berumur 12 tahun, beliau menghantar keluarganya untuk tinggal di Malaysia kerana lebih sayangkan pendidikan agama keluarganya dari terus menetap di Korea.

Keluarganya mula menetap di Malaysia kira kira 2 tahun yang lalu dan anaknya kini belajar di Sekolah Agama di Malaysia.

Ayuh sebarkan kisah ini kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali jika ada kenalan kita yang tinggal di korea. Permintaan admin tidak banyak. Sekadar menyokong perusahaan daging halal En Zubair Lee dan memberi manfaat kepada komuniti muslim di luar negara.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan mendapat balasan baik dari allah s.w.t.