Bawa Peranti ke Sekolah

 

Pelajar Sekolah Boleh Bawa Peranti ke Sekolah

 

Berikut merupakan potongan akhbar mengenai kebenaran terbaru dalam dunia pendidikan dan sekolah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid telah memutuskan untuk membenarkan murid membawa peranti ke sekolah mulai tahun depan.

Kementerian pendidikan benarkan pelajar bawa peranti ke sekolah mulai tahun depan

Setakat ini, hanya tablet dikenal pasti boleh dibawa tetapi telefon bimbit tetap dilarang.

Peraturan penggunaan serta jenis jenis peranti lain masih dikaji.

Berdasarkan pemerhatian, sesetengah negara membenarkan penggunaan alat ini dalam tempoh dua jam dan ada negara yang menggunakannya mengikut subjek.

“Saya fikir elok sekiranya kita benarkan ia dibawa ke sekolah. Ia meliputi semua sekolah rendah dan menengah.

“Kita belum buat keputusan apakah jenis gajet dan peranti elektronik yang dibenarkan,” katanya yang mengambil contoh polisi di beberapa negara seperti Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Pelancaran Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Perbitan Antara ITBM dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM) di ITBM di sini hari ini.

Malah, beliau mengakui berkemunkinan pada suatu masa nanti buku teks mungkin tidak diperlukan lagi di sekolah.

Jelasnya, pihak kementerian akan menentukan peruntukan masa untuk membenarkan pelajar menggunakan gajet tersebut.

“Sebagai contoh waktu PDP Sains antara pukul 9.30 hingga 10.30, jadi pelajar dibenarkan menggunakan peranti elektronik tersebut pada waktu itu sahaja.

“Selepas itu mereka perlu tutup. Kemudian ada subjek lain lagi antara 12.20 hingga 1 petang. Itu sahaja yang dibenarkan,” jelasnya.

Pandangan Netizen Umum Boleh Bawa Tablet ke Sekolah

  • Pihak kerajaan perlu menyediakan locker khusus untuk menyimpan tablet tablet ini di sekolah. Supaya tidak berlaku kecurian dan mengelakkan guru yang perlu bertanggungjawab atas segala kehilangan.

 

  • X payah la. yg kat rumah ni pun berserabut kepala. Bila dah lekat dgn tablet, susah nak solat, nak mkn kena panggil bagaikan tarzan, x menolong di rumah. Mmglah boleh kawal, tapi x semua ibubapa mampu bersabar. Ni nak bw ke sekolah pulak. Apalah agaknya fungsi nak pakai tablet kat sekolah. Pergunakanlah bilik komputer tu. byk dah belanja kat situ.

 

  • Tambahkan bebanan guru
    Peranti hilang – cikgu tanggungjawab
    Peranti rosak- cikgu tanggungjawab

 

  • Kenapa ya negara terlalu ikut negara lain? Sedangkan suasana dan situasi dlm sekolah kita sangat berbeza. Mohon kpm kaji semula dan dengarlah luahan kata guru-guru di sekolah.

apakah pandangan anda berkenaan isu ini?

sumber foto : pendidik2u, astro awani