Badan Kurus Kerana Tidur Berbogel

Tidur Berbogel Dapat Kuruskan Badan

Selain daripada bersenam dan menjaga makan, banyak lagi sebenarnya cara untuk kurus sehinggakan kadangkala kami rasakan seperti tidak logik pula. Terbaru menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel!

3 Sebab Berbogel Dapat Kuruskan Badan

1. ‘RESET’ HORMON FAT LOSS

Dr Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat. Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.

2. KURANGKAN HORMON KOTISOL

Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya.

3. PENGARUHI HORMON MELATONIN

Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan. Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif. Untuk pasangan yang sudah berkahwin, tidur di dalam keadaan berbogel mampu menambahkan rasa sayang kerana kulit saling bersentuhan dan akan menjadikan hubungan seks lebih ghairah.

Jadi, adakah anda tidur bogel? Mana yang terlebih berat badan boleh cuba teori ini. Siapa tahu ada kebenarannya tetapi sanggupkah tidur bogel? Sekiranya tidak sanggup gunakan cara yang normal iaitu kuruskan dengan melakukan senaman. Kita juga boleh diet dengan makan makanan yang seimbang dan tidak makan makanan yang tidak berkhasiat.

Usaha tangga kejayaan. Tanpa usaha pasti apa yang diinginkan tidak akan diperolehi. Jadi jika mahu kurus berusaha ke arah itu. Jangan mudah putus asa. Kerana orang yang cepat putus ada adalah orang yang rugi. Percaya pada diri sendiri.

Sumber: glamlelaki