Apakah Penyebab Terjadinya Masalah Bulu Kucing Selalu Gugur?

Masalah bulu kucing gugur selalu terjadi pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang. Kebiasaanya kucing mengalami keguguran bulu setahun sekali seretak dengan pertumbuhan bulu baru.

Bulu kucing melekat pada sofa, kusyen, bantal dan pakaian adalah merupakan perkara biasa pada kucing, tetapi sebagai pemilik kucing, anda pasti masalah ini mendatangkan kerisauan jika ianya berlarutan lama. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bulu kucing ini gugur.

Faktor Penyebab Terjadinya Masalah Bulu Kucing Selalu Gugur

1. Kucing Dijangkiti Kutu/Lices

Kucing yang dijangkiti kutu/lices ini biasanya akan gatal dan akan menggaru dengan kuat. Ini menyebabkan bulunya mudah gugur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mengunakan spray semburan ubat kutu yang boleh didapati dari vaterinar atau kedai haiwan. Semburkan pada kucing dan ulangi lagi semburan dalam tempoh 48jam. Ini kerana telur kutu akan menetas lagi dalam tempoh tersebut. Seeloknya tempat kucing juga perlu dibersihkan kerana kemungkinan telur kutu juga berada di tempat tersebut.

2. Fungus

Kucing yang dijangkiti fungus akan menyebabkan sel-sel pada bulu akan mati dan menyebabkan bulu kucing mudah gugur. Fungus biasanya berbentuk seperti debu.

Cara rawatannya ialah dengan memberi kucing anda pil anti fungus atau mandikan kucing anda dengan syampu khas.

3. Kurang Protien Dan Vitamin

Kucing memerlukan kandungan protein untuk membina kulit dan bulu yang sihat. Anda boleh periksa kandungan protein pada bungkusan makanan kucing anda. Anda juga boleh memberi makanan mentah seperti ikan atau ayam yang telah direbus untuk kuncing anda.

4. Suhu

Tempat tidur kucing anda mungkin terlalu panas dan tidak sesuai untuk kucing anda. Suhu yang panas atau tidak sesuai mungkin menjadi salah satu penyebab keguguran bulu. Jika cuaca panas, terutama rumah yang beratap zink dan tiada penyaman udara keguguran bulu mungkin agak ketara.

Cara mengatasinya mungkin anda boleh pindahkan tempat tidur kucing anda ke tempat lain yang lebih sesuai keadaannya seperti di luar rumah.

5. Bulu Kering

Kebiasaanya disebabkan kekurangan minyak pada bulu atau penggunaan syampu yang berlebihan. Ia juga boleh berpunda dari pemakanan. Makan berkualiti rendah biasanya mempunyai kadar garam yang tinggi dan akan menyebabkan kulit cepat kering dan gagal menghasilkan minyak untuk melembabkan kulit kucing.

Berikan makanan yang berkualiti seperti yang dicadangkan oleh kedai makanan haiwan atau veterinar. Selalunya harga makanan yang berkualiti agak mahal sedikit, keranan bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan yang terbaik.