Apa Yang Viral Di Malaysia Tahun 2016?

Berikut adalah 12 perkara yang boleh dikatakan viral di Malaysia pada tahun 2016 lepas. Jom kita baca dan imbas kembali apa yang viral tu.

 

1. Mat Cangkul

Dua beradik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Kulai,Johor selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan bersama menyerang dan memukul dua kakitangan Syarikat Air Johor Hol­dings pada 18 Oktober lalu.

Sebelum ini, kedua-dua beradik itu menjadi viral di laman sosial sehingga mereka digelar “Mat Cangkul” gara-gara tindakan mereka menghalang petugas SAJH itu melakukan tugas pemotongan bekalan air.

2. Dato Jamal Yunos Tak Mandi

Pengerusi Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Seri Jamal Md Yunos seperti yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia merupakan individu yang paling berani sekali berlawan dengan penyokong parti pembangkang terutamanya apabila melibatkan himpunan haram dan lain-lain.

Baru-baru ini Jamal Yunos membuat kejutan apabila tampil dengan hanya bertuala, membawa gayung, sabun dan berus gigi di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan niat ingin menumpang mandi.

Anda rasa?

3. DSV Taja The Red Warriors

KECOH jadinya apabila sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).

Tapi penajaan itu dikatakan mempunyai syarat. Antaranya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.

Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini.

4. Elly Mazlein Tarik Diri Daripada GV3

Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir.

Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.

5. Kedah Menang Piala Malaysia

Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober 2016.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.

6. Faiz Subri Tercalon dalam The FIFA PUSKAS AWARD 2016

Gol sepakan percuma ‘knuckleball’ Faiz Subri terpilih antara 10 calon akhir bagi The FIFA Puskas Award 2016.

Penjaring sensasi Pulau Pinang itu terharu dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencalonkan namanya sebagai penerima anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Jom undi Faiz Subri untuk FIFA Puskas Award 2016 ( Undian akan ditutup pada 9 Januari 2017 )

7. 3 Emas Sukan Paralimpik RIO 2016

Pencapaian 3 pingat emas dan 1 gangsa adalah yang terbaik buat skuad olahraga sepanjang Malaysia menyertai temasya Sukan Paralimpik, kata ketua jurulatih negara, R Jaganathan.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta rekod Paralimpik baharu menerusi acara 100m T36, manakala Muhammad Ziyad Zolkefli memadamkan rekod dunia lama dalam acara lontar peluru F20.

Latif memperbaharui rekod dunia 7.35m yang diciptanya sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun 2015, dengan lompatan 7.6m pada cubaan kelima di Stadium Olimpik.

8. Dato’ Vida Berebut Mikrofon Di Gegar Vaganza 3

Gegar Vaganza (GV) musim baru mula disiarkan secara langsung dan sememangnya di nanti para peminat dan penonton.

Namun ada satu insiden yang mana Dato Seri Vida ‘berebut’ mikrofon dengan petugas produksi yang menjadi bualan hangat. Dato Vida ternyata tidak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk berucap selepas dipanggil pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jelas Dato Vida mendakwa insiden ‘berebut’ mikrofon pada konsert minggu pertama GV3 itu bukan satu gimik tetapi benar-benar berlaku. Sebaliknya, dia memang mahu mengambil kesempatan tampil dalam program terbabit untuk mempromosikan produk.

Sebagai peniaga, dia enggan melepaskan peluang untuk menghebahkan produk keluarannya apatah lagi di siaran langsung yang ditonton jutaan penonton. Menurutnya, sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan dia mula rasa bosan.

Betul atau gimik sahaja?

9. Lelaki Mengamuk Di JPJ Maut Ditembak

Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang.

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Syed Amen Amen sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu.

10. Fenomena Supermoon

Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

Istilah Supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.

Fenomena Supermoon telah dapat dilihat pada malam 14 November lalu. Pada 1948 jarak bulan 356.461 km dari bumi, dan pada 2016 jarak bulan adalah 356.500 km dari bumi.

11. Kenaikan Harga Minyak

No Komen atau anda sendiri yang komen 😛

12. Siapa Buntat?

Penerbit drama 7 Hari Mencintaiku Datuk Ziela Jalil terharu apabila watak Buntat menjadi ‘trending’ di laman sosial baru-baru ini.

Ziela menyifatkan watak Buntat lakonan Adik Muhammad Ariff Abdullah, 12, semula jadi dan tidak dibuat-buat.

Watak Buntat menjadi bualan pengguna laman sosial apabila watak itu meninggal dunia. Pada masa sama, banyak juga yang tertanya-tanya apa dan siapa itu Buntat selepas peminat siri ini menulis di laman sosial masing-masing.

Pada tahun ini, difahamkan Ariff bakal muncul dalam filem Jibam pada Julai ini yang mana diangkat daripada siri komik popular Ujang.

 

Ada banyak lagi perkara yang viral di Malaysia pada tahun 2016 yang lepas kan? Jika ada, mohon anda senaraikan dan komen apa lagi peristiwa yang viral tu..