6 Tips Bagi Elakkan Kucing Anda Kencing Merata-Rata

Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.

Sebab iitu kucing sering dilayan bagai anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing itu sudah mulai kencing merata.

Situasi ini berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan.

Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.

Selain najis yang perlu di bersihkan, masalah ini menimbulkan bau yang kurang menyenangkan di ruang kediaman kita. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini.

6 Tips Bagi Elakkan Kucing Anda Kencing Merata-Rata

1. Serai

Bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk yang berasaskan serai atau serai wangi dan sermburkan pada kawasan yang kucing anda sering kencing.

2. Lada Hitam

Didihakn air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalam nya. Kemudia masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing selalu kencing.

3. Belerang

Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.

4. Cuka

Jika aada kucing yang baru sahaja kencing di satu tempat, segera bersihkannya. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing sehingga kering.

Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

5. Toilet Training

Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter Box’ dan latih kucing anda untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakkan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.

6. Kasi Kucing

Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucing berumur 6 bulan. 90% kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.