5 Tanda Ini Kemungkinan Haid Anda Tidak Normal, Sila Periksa!

Membincangkan tentang haid ini kadang-kadang memang boleh buat hati cemas tak keruan. Apatah lagi kalau haid yang dialami itu ada tanda atau gejala-gejala yang tidak biasa dan tidak normal. Perkara ini membuatkan kita tidak sedap hati.

Untuk mengetahui normal atau tidaknya haid yang kita alami memang sebaiknya terus berjumpa dengan doktor. Tapi kita juga boleh periksa sendiri. Secara umum, ada 5 gejala haid yang kemungkinan tidak normal. Kalau anda mengalaminya, disarankan untuk terus berjumpa doktor.

 

5 Tanda Tanda Haid Tidak Normal :

1. Senggugut

Senggugut merupakan perkara yang normal yang dialami wanita sebelum atau sedang haid. Tapi seperti yang dipetik dari familyshare.com, jika senggugut yang dirasakan sangat parah sehingga susah untuk anda bangun dari tempat tidur, sebaiknya anda perlu klinik. Salah satu gejalan haid yang tidak normal adalah sakit senggugut yang  lebih sakit daripada kebiasaannya.  Kemungkinan anda mengalami endometriosis ( tisu dari selaput dalam rahim, dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim )

2. Haid Lambat 3 Kitaran Berturut-turut

Menurut Cleveland Clinic, kalau haidnya lambat sehingga lebih dari 90 hari ataupun 3 bulan, ini adalah tanda haid anda tidak normal. Kecuali bagi remaja yang baru awal-awal mengalami haid, ibu yang baru melahirkan anak, yang sedang menyusu atau wanita yang hampir monopaus. Antara penyebab haid datang lambat diantaranya adalah faktor diet, penggunaan pil/alat perancang atau anda mungkin mengalami kanser serviks.

BACA: 7 Khasiat Buah Durian Belanda

3. Sakit atau Susah Ketika Kencing

Gejala ini merupakan salah satu gejala kanser rahim. Kanser rahim membuat pangkal rahim bengkak dan menekan pundi kencing sehingga anda merasa susah atau sakit ketika membuang air kecil.

4. Darah Haid Keluar Lebih dari 7 Hari

Kebiasaannya tempoh haid adalah 5 hari. Kalau darah haid keluar lebih dari seminggu, pastikan anda melakukan check up.

5. Keluar Darah Sebelum Kitaran Haid (sebelum waktunya)

Seperti yang dipetik dari Mayo Clinic, keluarnya darah dari Miss V kalau bukan pada waktu anda tidak mengalami haid berkemungkinan berkait dengan sistem reproduktif. Penting untuk anda selalu mencatat kitaran haid anda setiap bulan untuk rujukan samaada normal atau tidak darah yang keluar dari Miss V.

 

Sumber : vemale.com