​Hadith ke 40 – “Haji dan Umrah bukan kerana Allah SWT”

Sejak kebelakangan ini, ibadah umrah sudah menjadi trend melancong. Ia satu budaya melancong bentuk baru atas nama umrah Ibadah. Ramai umat islam mengangap melancong cara ini adalah yg terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah saw :

“Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga, dan para ulama kerana riak dan sum’ah manakala orang yang fakir pula mengerjakan haji kerana sambil meminta-minta”. (Hadith riwayat Ibnul Jauzi di dalam Mutsirul Gharam)

Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;
Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya

Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.

Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Pergi dalam keadaan “TETAMU” tetapi keseronokan membeli, bangga, riak takabur dengan menunjukan ibadah perbuatan,menunjukan amalan setiap masa di facebook.

“Alhamdulillah selesai usung jenazah pergi ke perkuburan baqi.

“Alhamdulillah selesai qatam Quran.”

“Alhamdulillah selsai 1000 wirid”

Untuk apakah update setiap masa? apakah itu?

Berselfie di kaabah? yes xsalah tetapi dimana sensitiviti kita?

Tahukah kita semua, Nabi Muhammad saw pernah lalu, berlakunya peristiwa isra mikraj, di masjid nabawi ada rumah nabi, di mana hormatnya kita kepada MANUSIA TERAGUNG?

Beribadahlah umrah seikhlas hati, perbanyak amalan. jangan jadikan ibadah umrah seperti wartawan facebook yg sedang berperang hanya membawa kamera.

Pergi sana nk bergambar atau cari sebanyak mungkin pahala?

Biar nanti di akhirat Allah tunjuk 1 per 1 mcm slideshow amalan kita disana, Allah yg rekodkan untuk kita, x miss 1 pun. biar catatan amalan malaikat yg catit. kita pergi kerana ibadah dan peroleh pahala.

Kalau pergi nak cari gambar, kita akan dapat gambar, pergi cari dosa akan dapat dosa, cari pahala, berlimpah ganjaran pahala yg kita perolehi dari-Nya. insyaAllah.
Maafkan saya. maafkan saya, maafkan saya.

Sumber : Zamerul Mohd Noor